Dewan Elopura merupakan ruang tertutup yang sesuai untuk mengadakan majlis, seminar dan kursus dengan kapasiti maksimum 100 orang (tanpa meja).

Dewan ini dilengkapi dengan Paparan LED, TV LCD dan sistem audio. Dewan ini turut dilengkapi dengan rostrum, pentas mudah alih dan kemudahan WiFi. 

Dewan ini boleh digunakan bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga pukul 5:00 petang setiap hari, manakala kerja-kerja persiapan tempat boleh dilaksanakan pada pukul 5:00 petang sehingga pukul 9:00 malam sebelum program.

Pengguna bertanggungjawab mengembalikan segala peralatan yang dimasukkan ke dalam dewan dan memastikan dewan ini kosong (seperti asal) setiap kali selesai penggunaan untuk memudahkan pengguna seterusnya menyusun atur mengikut keperluan program mereka.

Details

Availability

Reservation Form

Required fields are followed by *