Dewan Elopura + Jesselton dilengkapi dengan Paparan LED, TV LCD dan sistem audio. Dewan ini turut dilengkapi dengan rostrum, pentas mudah alih dan kemudahan WiFi. Dewan tertutup ini sesuai untuk mengadakan majlis, seminar dan kursus dengan kapasiti maksimum 250 orang (tanpa meja).
Pengguna bertanggungjawab menyusun semula segala peralatan yang dimasukkan ke dalam dewan dan memastikan dewan ini kosong setiap kali selesai penggunaan untuk memudahkan pengguna seterusnya menyusun atur mengikut keperluan acara mereka.
Dewan ini boleh digunakan bermula pada pukul 7:30 pagi hingga 5:00 petang setiap hari, manakala sebarang kerja-kerja persiapan tempat boleh dilaksanakan bermula pada pukul 5:00 petang sehingga 9:00 malam.