PENGURUSAN FASILITI
1. Bagaimana untuk membuat tempahan fasiliti guna sama Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS)? |
Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang tempahan dalam efasiliti.psupsabah.gov.my. |
2. Adakah fasiliti guna sama yang disediakan percuma atau perlu dibayar? |
Tempahan dan penggunaan fasiliti boleh dilakukan jika ianya tersedia pada tarikh tersebut. Penggunaan adalah percuma bagi permohonan Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (termasuk cawangan pejabat berkaitan). |
3. Siapakah yang melaksanakan persiapan tempat / penyusunan bagi fasiliti yang hendak ditempah? |
Agensi pemohon bertanggungjawab menyusun atur fasaliti yang ditempah sebelum acara berlangsung. |
4. Bagaimanakah cara untuk menyemak jadual tempahan bagi bulan Januari – Februari 2025? |
Jadual tempahan bagi bulan Januari dan Februari 2025 boleh disemak melalui pautan SEMAK JADUAL TEMPAHAN. Jadual tempahan tidak akan dipaparkan kepada awam bermula bulan Mac 2025. |
5. Saya ingin menempah fasiliti guna sama pada waktu pagi sahaja. Bagaimana untuk mengisi masa tempahan? |
Penetapan masa tempahan buat masa ini dihadkan kepada minima 1 hari penggunaan. Pintu fasiliti dibuka bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga pukul 5:30 petang. |
6. Bilakah tempahan penggunaan fasiliti guna sama KPKPS boleh dibuat? |
Tempahan fasiliti guna sama KPKPS boleh dibuat seawal 120 hari hingga 3 hari sebelum tarikh penggunaan. |
7. Bagaimana untuk membatalkan tempahan yang sudah diluluskan? |
Sebarang pembatalan tempahan bilik fasiliti hendaklah dilakukan secara bertulis melalui e-mel ke e_fasiliti@psupsabah.gov.my |