- Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang tempahan dalam talian (http://efasiliti.psupsabah.gov.my/).
- Permohonan tempahan bilik mesyuarat/seminar/auditorium akan disediakan atas dasar:-
- Ketersediaan fasiliti berkenaan, dan
- Keutamaan kepada Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (termasuk cawangan pejabat berkaitan)
- Sebarang perubahan atau pembatalan tempahan bilik fasiliti hendaklah dilakukan secara bertulis melalui e-mel dengan segera sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari penggunaan yang telah diluluskan. Kelulusan perubahan tertakluk kepada ketersediaan fasiliti.
- Kementerian/agensi perlu mematuhi Peraturan Penggunaan Fasiliti Guna Sama KPKPS.
PERATURAN PENGGUNAAN FASILITI GUNA SAMA KPKPS
1. Kementerian/ agensi hendaklah memastikan bilik dalam keadaan bersih dan kemas selepas penggunaan.
2. Pengguna bertanggungjawab untuk mengembalikan sebarang penambahan kerusi/ meja ke tempat asal/ bilik utiliti mengikut bilangan asal setelah selesai penggunaan.
3. Sebarang penampalan kertas di dinding bilik dan bangunan adalah TIDAK DIBENARKAN. Kementerian/agensi hendaklah menyediakan sendiri kaki gegantung/ panji-panji/ sepanduk/ kain rentang jika perlu.
4. Penggunaan stapler atau lain-lain peralatan yang boleh merosakkan kemudahan fasiliti adalah TIDAK DIBENARKAN.
5. Bateri mikrofon (bersaiz AA, berjenama Energizer MAX atau yang setara) dan peralatan lain yang tidak tersenarai hendaklah disediakan sendiri oleh pengguna.
6. Kerosakan mana-mana peralatan hendaklah dimaklumkan kepada PSUPS dengan kadar yang segera.
7. Bagi program yang turut menggunakan Dewan Makan, pengguna hendaklah menyediakan alas meja yang mencukupi. Penyedia makanan digalakkan menyediakan makanan secara hidangan terus (dome).
8. Setiap program hanya diperuntukkan 2 meja makan (8-10 kerusi setiap meja) sahaja.
9. Pengguna hendaklah menyediakan plastik sampah yang mencukupi untuk membuang bekas makanan yang digunakan.
10. Pengguna hendaklah memastikan sisa dan bekas makanan dibersihkan serta dikeluarkan dari bangunan KPKPS sebelum pukul 5:00 petang.
11. Pengguna hendaklah mengambil dan mengembalikan peralatan HDMI Transmitter di Khazanah Bestari, Aras 2, Blok A, KPKPS.
12. PSUPS selaku penyelia fasiliti tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan barang / peralatan milik peserta yang dikendalikan oleh pengguna.
14. PSUPS hanya akan berurusan dengan urus setia yang dinamakan semasa tempahan dibuat. Sebarang perubahan urus setia hendaklah dimaklumkan kepada pihak PSUPS sebelum program berlangsung.
15. Sekiranya peraturan-peraturan di atas gagal dipatuhi, PSUPS berhak MENYENARAIHITAMKAN dan membatalkan tempahan dari jabatan tuan/puan pada masa akan datang.
KENDERAAN PENGGUNA/ PESERTA
- Tempat meletak kenderaan adalah terhad untuk kegunaan kakitangan di KPKPS.
- Peserta luar digalakkan menggunakan kenderaan awam/membawa pemandu dan diturunkan di lobi utama Blok A bagi pengguna Bilik Mesyuarat dan Dewan Seminar. Bagi pengguna Auditorium, pemandu dibenarkan menurunkan peserta di Lobi Auditorium, Blok A.
- Menurunkan atau mengambil penumpang di Lobi Blok A, Lobi Auditorium (Blok A) dan Lobi Blok B hanya dibenarkan secara pandu lalu dengan masa maksimum 5 minit. Pemandu tidak dibenarkan menunggu penumpang di mana-mana lobi.