PENGURUSAN FASILITI
| 1. Bagaimana untuk membuat tempahan fasiliti guna sama Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS)? |
| Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang tempahan dalam efasiliti.psupsabah.gov.my. |
| 2. Adakah fasiliti guna sama yang disediakan percuma atau perlu dibayar? |
| Tempahan dan penggunaan fasiliti boleh dilakukan jika ianya tersedia pada tarikh tersebut. Penggunaan adalah percuma bagi permohonan Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (termasuk cawangan pejabat berkaitan). |
| 3. Siapakah yang melaksanakan persiapan tempat / penyusunan bagi fasiliti yang hendak ditempah? |
| Agensi pemohon bertanggungjawab menyusun atur fasaliti yang ditempah sebelum acara berlangsung. |
| 4. Saya ingin menempah fasiliti guna sama pada waktu pagi sahaja. Bagaimana untuk mengisi masa tempahan? |
| Penetapan masa tempahan buat masa ini dihadkan kepada minima 1 hari penggunaan. Pintu fasiliti dibuka bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga pukul 5:30 petang. |
| 5. Bilakah tempahan penggunaan fasiliti guna sama KPKPS boleh dibuat? |
| Tempahan fasiliti guna sama KPKPS boleh dibuat seawal 90 hari sebelum tarikh penggunaan. |
| 6. Bagaimana untuk membatalkan tempahan yang sudah diluluskan? |
| Sebarang pembatalan tempahan bilik fasiliti hendaklah dilakukan secara bertulis melalui e-mel ke; e_fasiliti@psupsabah.gov.my dengan menyatakan nombor tempahan yang hendak dibatalkan. |